Jumaat, 4 November 2016

Minuman yang dapat membantu dalam Penurunan Berat Badan

Assalammualaikum & salam sejahtera

Penurunan berat badan bukan sahaja bergantung kepada kuantiti pengambilan makanan dan jenis makanan. Minuman juga memainkan peranan penting bagi membantu supaya penurunan akan lebih efektif 😉. Sis ambil berat juga apa yang sis minum, sebab gula berlebihan juga datang dari minuman.

Jom kita tengok jenis minuman yang boleh kita amalkan untuk turunkan berat badan:

1)Air kosong
Apa pun air kosong juga tetap di utamakan. Seperti yang sis katakan sebelum ini, air kosong sangat membantu dalam penurunan berat badan. Ini bukan mitos, ini hakikat yang realiti. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kurangkan lah air manis. Air kosong ini dapat bantu sistem penghadaman dan menaikkan metabolism badam. Kalau tak percaya air kosong dapat turunkan berat, cuba lar cabaran hanya minum air kosong selama 30 hari...tengok hasilnya 😉😁.
Untuk yang liat nak minum air kosong, mungkin anda boleh rujuk catatan sis sebelum ini:
http://sismiranajwawant2share.blogspot.my/2016/10/air-kosong-jerrrmana-tahan.html?m=1

Yang ni mungkin pada sesiapa yang berminat nak tahu cara aturan pemakanan untuk turunkan berat badan:
http://sismiranajwawant2share.blogspot.my/2016/10/nak-berat-turun-tapi-nak-makan-ape-bila.html?m=1

Mungkin dapat bantu sesiapa yang sangat tidak gemar minum air kosong tetapi nak kurus 😉✌

2)Air limau nipis/ lemon
Bila sebut pasal air limau atau lemon mesti orang akan kaitkan dengan air detox. Tak kisah lah kan, ape pun air ni pun baik untuk bantu turunkan berat badan. Ada yang tanya sis, tak payah letak gula ke? Masam kot..hahaha. Sis letak je gula sebab if minum kat kedai pon diowang letak gula jugak. Tapi agak-agak boleh minum, jangan sampai tak rasa limau/lemon dan manis terlampau. Kalau dah manis sampai limau/lemon tak rasa, baik minum air gula ja, hehehe 😁. Kalau nak letak madu pon boleh. Digalakkan minumlah air limau/lemon suam. Sis suka sangat yang suam-suam ni, tekak rasa best✌.


3)Air teh hijau/ jasmine tea/ chinese tea
Minuman ini pon dapat bantu turunkan berat badan. Lagi bagus if tak letak gula 😁, mampu ke nak telan? Hahaha...mampukan aje if nak kurus 😉. Dalam teh ada juga kafein yang membantu dalam penurunan berat. Teh juga ada bahan-bahan semulajadi yang baik untuk menghalang sesetengah enzim untuk bergiat aktif bereaksi dengan molekul makanan dari kumpulan karbohidrat dan lemak. Bahan ini tergolong dalam kumpulan flavonoid dan phenolic. Haaa da keluar scientific facts, katanya researcher kannn, hahaha...Sis dan team tengah buat reasearch tentang teh gaharu yang juga ada potensi untuk turunkan berat badan, kalau berjaya buktikan ada yang nak beli? 😉✌. Nak baca jurnal sis dan team, ni sis hadiah satu:
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.ukm.my/mjas/v18_n3/Nur%2520Fahana_18_3_23.pdf&ved=0ahUKEwigkaXy7pDQAhULro8KHXSrAVAQFggXMAA&usg=AFQjCNFI444ESu2od40A5lo5Mi6O4X1OYg&sig2=R3PqBGc7Om3o9Z04UBVu2g

If nak tengok jurnal sis yang lain, mintak tolong kat mr google ye 😁.

4) Kopi
Sis suka kopi. Bila sis minum kopi nanti sis akan rasa dahaga, so sis akan minum air kosong banyak-banyak...tengok ape kopi buat kat sis, ia menggalakkan sis minum air 😁. Adanya kafein dalam kopi memang membantu dalam penurunan berat badan. Dalam kopi tu nak letak gula pon boleh tapi jangan banyak, tak nak letak pon boleh. Min Kaffe ni tade extra sugar, sebab kebanyakan minuman 3in1 ada extra sugar, tu yang tak elok untuk badan. Sape nak kurus jangan ambil 3in1 ye. Sape nak order Min Kaffe boleh PM sis kt Facebook 😉✌. In sha Allah sis akan kongsi cara pengambilan FOC pada sape sape yang beli 😉😉. Bagi sis, Min Kaffe ni bukan ubat kurus, tapi minuman kesihatan.


Cuba baca laman ni untuk tau cara macam mana kopi boleh bantu turunkan berat:
http://slism.com/diet/4-ways-to-burn-fat-faster-with-every-cup-make-drinking-coffee-work-for-your-diet.html

5) Yogurt Drink
Yogurt memamng sedap, lagi-lagi yang berperisa. Ada artikel yang nyatakan yogurt dapat bantu turunkan berat dan juga ia baik untuk perut sebab ia probiotik. Sis suka jugak yogurt, tapi dalam nak turunkan berat sis tak rely on yogurt. Tetapi hati-hati, silap cara badan tidak turun ye hehehe...meh baca laman ini:
https://www.google.com/amp/www.womenshealthmag.com/weight-loss/eating-yogurt%3Famp?client=ms-android-htc-rev


6) Air buah
Ada yang cakap minum air buah pon boleh bantu dalam penurunan berat badan, sebab air ni buat kita rasa kenyang. Tak perlu ada gula dalam air buah ni sebab dalam buah pon dah ada gula. Tapi kan, bagi sis... dari minum air buah baik makan jer buah 😁✌.

Untuk info lagi, anda boleh juga lawati laman ini untuk baca lebih lanjut tentang air yang boleh turunkan berat badan.
https://www.google.com/amp/www.prevention.com/food/3-drinks-for-weight-loss%3Famp?client=ms-android-htc-rev

Apa apa pon, kurangkan lah gula dalam air minuman, anda tak akan menyesal dan seronok dengan hasil yang anda dapat nanti. Jom lar sahut cabaran 30 hari tanpa air manis, meh kita tengok lar nanti result nye 😉 . Tak cuba tak tahu, dah cuba pasti buat selalu. Komited dengan apa yang anda buat, baru nampak hasil.



-Sis Miranajwa-